Tuesday, September 10, 2013

Raja Judi Termuda Di Dunia ( Video ).

Status Raja JUDI TERMUDA di dunia ketika ini milik seorang pemuda yang baru berusia 21 tahun yang telah berjaya memenangi permainan poker dengan hadiah kemenangan bernilai 8.55 Juta Dollar Amerika Syarikat atau lebih kurang RM 27.1 juta.

Pada usianya yang masih muda itu, pemuda bernama Cool Hand Joe atau lebih dikenali sebagai Joe Cada ini melayakkan dirinya untuk dinobatkan sebagai jutawan muda.

Pehh..gila laa mamat ni.



Video:



Sunday, September 8, 2013

(VIDEO)Fenomena Pelik!! Ikan Berebut,Melompat Masuk Dalam Bot.

Fenomena Pelik!! Ikan Berebut,Melompat Masuk Dalam Bot. (video)





Fenomena yang amat pelik yang jarang kita lihat atau tak pernah langsung kita lihat dimana ikan melompat-lompat seolah2 ingin menyerang manusia,mungkin tidak suka kehadiran manusia di habitatnya atau sekadar nak menunjuk nunjuk yang dia boleh melompat. hehe :)

Sekali lalu je penuh ikan lompat masuk dalam bot.Untung laaa

Jom tonton video dibawah ini:

http://www.youtube.com/watch?v=InENM6fwIwE

Saturday, September 7, 2013

Bahaya Online Melebihi 5 Jam

Bahaya Online Melebihi 5 Jam
tahukah anda jika kerap online boleh membahayakan kesihatan? ia blh mengakibatkan baca disini---

Info Kesihatan!!! Bahaya Online melebihi 5 jam secara berterusan 



Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/bahaya-online-melebihi-5-jam.html#ixzz2eD8FWrky

Monday, September 2, 2013

S4 Acitve Water Resistance

Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Active – Untuk Gaya Hidup Aktif

Selepas pelbagai ura-ura berkaitan Samsung Galaxy S4 Active, hari ini, gergasi dari Korea Selatan tersebut memperkenalkan peranti Galaxy S4 Active secara rasmi, dan berkongsi spesifikasi penuh yang didatangkan bersama-sama dengannya.
Samsung Galaxy S4 Active
Samsung Galaxy S4 Active memfokuskan kepada kalis air dan debu (IP67). Perkara ini dijayakan oleh rekabentuk yang menutup pelbagai ruangan, membolehkan peranti tersebut dilindungi didalam air sehingga 1 meter selama 30 minit. Peranti ini turut sama didatangkan dengan sokongan audio jack yang kalis air, serta membolehkan pengguna merakamkan gambar didalam air.
Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy S4 Active membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz dengan sokongan LTE, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2.2 Jelly Bean. Peranti ini turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh bersama-sama dengannya.
Peranti ini akan ditawarkan di beberapa buah negara terpilih, dan ditawarkan dalam warna kelabu, biru dan juga jingga.
Samsung Galaxy S4 Active


SUMBER RUJUKAN: SAMSUNG MOBILE PRESS

Sunday, September 1, 2013

Tanda tanda lelaki sukakan seorang wanita

Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Anda

Mungkin anda sekarang sedang hangat bercinta atau mungkin dilema memilih teman lelaki mungkin anda juga ingin tahu samada lelaki tersebut menyukai anda? berikut info yang perlu anda baca.Tanda-Tanda Lelaki Sukakan Anda

1. Dia akan sentiasa mengekori kamu
Walau di mana sahaja  kamu berada, dia pasti juga berada di situ..Barangkali tatkala itu, si lelaki ini cuba mencari peluang terbaik bagi mendekati diri kamu..Berkemungkinan ingin menegur anda buat kali yang pertama..Janganlah takut serta bimbang wahai kaum wanita sekalian..membalas sapaan atau teguran seseorang lelaki tidak bermakna anda seorang yang gatal..Jadi lebih terbuka..Kepada yang dah berpunya, jangan nak terbuka sangatlah ya..haha

2. Dia akan meminta nombor telefon kamu

Ha..Ramai lelaki yang suka merungut bila sampai ke bab nak mintak nombor telefon..Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita ni sombong plus jual mahal sebab tak nak bagi no. HP kat diorang..apa ingat no. HP tu benda yang senang2 je ke nak bagi..

3. Dia akan selalu SMS & Call

Di awal-awal perkenalan ni, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam mengejar seseorang wanita..Mungkin takut dikebas orang barangkali..Jadi kepada kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki dalam mengenali diri kamukerana itu merupakan simptom2 biasa mereka yang dilamun cinta . Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu merasa takut.. kamu hanya perlu mengenali dirinya di kala ini dan di akhirnya, buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak..

4. Dia akan selalu bertanyakan tentang kamu kepada rakan-rakan kamu 

Sekiranya  kamu selalu di kafe pada setiap malam, maka dia pasti akan berada berdekatan dengan  kamu..Dia ingin mengetahui dengan siapa  kamu berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali  kamu..Maklumat2 yang tidak dia peroleh dari  kamu boleh sahaja dia dapatkan daripada rakan-rakan anda..Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan  kamu dan sejarah percintaan  kamu sebelum ini maka rakan-rakan  kamu adalah pilihan yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho

5. Dia akan cuba menjadi 'MR. Perfect' untuk kamu
Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan kekurangan itu di mata kamu..Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang paling sempurna pada kamu..Dia tidak mahu kamu berasa tidak yakin kepada dirinya lantas dia ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan segala-galanya untuk kamu..Kaum wanita tidak harus gusar serta seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak sempurna

6. Jika Benar Dia Sukakan kamu mereka akan jumpa Family

Jika meraka benar-benar sukakan kamu dan telah membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani. Pastinya mereka akan terus berjumpa dengan keluargamu untuk berbincang hal seterusnya. Kerana lelaki yang sejati tidak akan pernah mempermainkan perasaan orang yang mereka sayang .


Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/tanda-tanda-lelaki-sukakan-anda.html#ixzz2dfMnpGmQ
kakinetworkdotcom01username="nepallic", kakinetworkdotcom01title="Join us at Facebook!", kakinetworkdotcom01skin="01", kakinetworkdotcom01time="15", kakinetworkdotcom01wait="0", kakinetworkdotcom01lang="en"